Saturday, October 15

Askar

Assalamualaikum. Gua jejalan kat satu blog kawan gua ni [ dia ] , gua pun tetiba ada idea nak buat benda yang sama. Gua nak story kat korang apa yang gua cita-cita masa gua kecil-kecil dulu. Masa kecik, yakni masa gua sekolah rendah, gua punya cita-cita tentulah jadi askar. Ye, askar.

Bila cikgu tanya apa cita-cita gua bila dah besar nanti, gua jawab jelah gua nak jadi askar. Kemain dulu, semua cita-cita nak hebat. Ada yang nak jadi doktor, askar, polis. Tapi yang paling ramai kengkawan gua pilih nak jadi cikgu. Jadi cikgu bukan nak didik anak bangsa, tapi diorang semua nak jadi ckigu sebab diorang boleh rotan anak murid degil. Tapi sekarang, gua tengok cikgu-cikgu pun dah takut sama anak murid. Terbalik sudah.

Sekarang, gua punya cita-cita gua buang kat mana tah. Cita-cita askar tu disebabkan bapak gua dulu bekas askar. Jadi, bapak gua masa dia muda dulu kemain garang. Gua takut sama bapak gua. Sebab tu lah, gua excited sangat nak jadi askar bila dah besar. Sayangnya, gua tak habis belajar. Cita-cita gua terkubur camtu je.

Gua kerja apa sekarang? Hm... gua sekarang kerja biasa-biasa je. Tapi berkaitan dengan industri minyak & gas. Banyak cabang sebenarnya kerja gua sekarang. Syukur alhamdulillah, rezeki yang Allah SWT bagi kat gua setakat ni belum pernah putus. Syukur keatasNya.


3 comments:

dila bahar said...

ooooo.....

aiEz said...

ak pn kater nk jd askr jugak dlu...biler dah tua ni jd lain ler plak...jauh benor mnympangnye dr cita-cita masa sekolah dulu,heh...=..=

Ain said...

MAINYAK???